
Games Results:-
SOC (1) – PRESS (2)
FULL REPORT
– Rekod Perlawanan–
Menang / Kalah : 0/1
Jumlah pertemuan : 1
Keputusan Akhir : LOST 2-1
Penjaring SOC : Shah Hernandez
Kad Kuning : 1 (PRESS)
SOC’s Man of the Match : Tun Der Sar
Venue : Club Aman
Pitch Condition : Lembap & 15% becak
Temperature: 25.0C
Weather : Renyai
Angin : Arah Selatan & Timur pada kelajuan 6km/h
Kadar Kelembapan : 73%
3 Kemenangan berturut2 March ini tercalar dengan kekalahan tipis 2-1 semalam. Turun dengan 2 pemain simpanan dan bermain 3 half memang amat memenatkan. Ditambah pula pemain utama Steve Berry, Carlos Ciput, Kecuarez, Jijoy Salie & Frank Taro tidak dapat turun.
1st Half:- 4-5-1
SOC yang menaruhkan harapan besar kepada John Tamir untuk mengisi kekosongan Carlos Ciput memberi cabaran besar. Pemain baru Duan Smalling belum dapat membaca apa yang John Amir mahukan. Pertahanan SOC di kerah bekerja keras dengan asakan penyerang PRESS. Pemain2 PRESS dilihat bermain secara bijak, mengatur gerak dari pertahanan, wingger dan cross2 berbahaya. Apapun Tun Der Sar yang menggunkan glove baru cemerlang menyerap segala asakan. SOC cuba menembusi pertahanan PRESS namun agak sukar melepasi pertahanan yg diketuai oleh pemain berambut David Luiz. Minit ke 22, kesilapan pertahanan SOC membawa padah dan PRESS mendapat gol mudah untuk mendahului 1-0.
2nd Half:- 4-5-1
SOC tahu mereka perlu bangkit untuk mendapatkan gol penyamaan. Sedikit rombakan serangan nampak hasil. PRESS beberapa kali cemas namun nasib tidak menyebelahi SOC. Banyak serangan diselamatkan keeper PRESS dan ada juga yang tersasar sipi. PRESS tidak kurang juga mengasak, namun pertahanan kali ini lebih teratur. Keserasian John Tamir-Duan Smalling-Coi Shawcross-Zul Vermaleen mula kelihatan. PRESS mendapat 2 sepakan percuma disudut berbahaya. Sepakan pertama ditepis Tun Der Sar dan terkena tiang, manakala sepakan ke 2 di tepis oleh Tun Der Sar. Tun Der Sar bakal menggantikan Pawang Hart yang di”loan’kan ke klub Norway, Stabaek FC (Fornebue) selama setahun bermula minggu depan. Good Luck Pawang Hart, semoga cemerlang seperti Safie Salie.
3rd Half:- 4-4-2
Separuh masa terakhir mula menampakkan permainan yang agak keras dan berbahaya. Papa Shuk seringkali dijatuhkan dan sedikit mengganggu rentak SOC. Pemain PRESS dilayangkan kad kuning kerana beberapa kali menjatuhkan Shuk. Minit ke 78, akhirnya SOC berjaya menyamakan kedudukan apabila bola lambung dari Lionel Bet kepada Shah Hernandez disempurnakan dengan baik. Shah Hernandez kini menjadi pujaan & harapan pemain2 SOC apabila menjadi penjaring terbanyak setakat ini. Namun kegembiraan SOC tidak lama, apabila PRESS berjaya menyamakan kedudukan 5 minit sebelum perlawanan tamat. SOC terpaksa akur dengan tewas tipis 2-1.
Read More